Wednesday 29 June 2011

Kalau Aku, Aku Dengar

Kalau aku rasa biasa-biasa, aku dengar lagu ni :




Matchbox 20-Push

Kalau aku rasa nak menari aku dengar lagu ni :


Junior Senior-Move Your Feet

Kalau tengah hujan aku dengar lagu ni :


Aizat-Pergi
Kalau hujan tu ada guruh aku dengar lagu ni:


Boys Like Girls-Thunder

Kalau aku rasa down, aku dengar lagu ni :



Kalau aku nak rasa lagi down selepas down, aku dengar lagu ni :


Blink 182-Down

atau


Down-Jay Sean

Itu kalau aku lah, kalau orang lain aku tak tau.

p/s : banyak pulak video dalam post ni.


Tuesday 28 June 2011

Pernah Tak?

Pernah tak?
Bila korang tengah tunggu seseorang atau tak ada benda yang nak dibuat time tu, korang akan buat-buat mesej orang lain atau belek-belek phone korang?

Pernah tak?
Bila dah tak ada website nak pegi je, korang akan bukak Facebook walaupun dah hampir berjuta kali dah korang scroll-scroll newsfeed tu.

Pernah tak?
Bila lecturer cakap dia nak tanya soalan kat lecture hall, korang tiba-tiba mengalihkan pandangan dari lecturer tu tapi korang buat-buat menulis nota atau borak-borak dengan orang sebelah.

Pernah tak?
Korang jalan-jalan pastu nak terjatuh dan kawan korang tak perasan pun, tapi korang tiba-tiba gelak-gelak untuk menutup malu.

Pernah tak?
Bila ada orang gelak kuat-kuat kat tempat awam, korang rasa yang dia gelakkan korang.

Pernah tak?
Salah satu benda ni jadi?
Aku berani bet mesti pernah.

Kan?

Monday 27 June 2011

Angry Bird!

Burung marah? Burung reti marah ke? Mestila, terutamanya Angry Bird. Ada antara korang mesti suka main game ni kan. Game Angry Bird ni sebenarnya satu game puzzle yg memerlukan korang untuk lastik burung-burung ke arah khinzir yang jahat dengan tujuan untuk memusnahkan kaum-kaum khinzir tersebut. Hik3.  Aku tak main pulak game ni, tapi berdasarkan apa yang orang cakap, game ni best dan cool. Okay aku bagi trivia sikit tentang Angry Bird ni :

1. Angry Bird ni dibangukan oleh syarikat Rovio Games, yang dah reka lebih daripada 50 games, tapi kurang mendapat sambutan, dan akhirnya mereka berjaya jugak dengan game burung lastik khinzir ni.

2. Ada empat orang dalam team untuk buat Angry Bird ni dan game ni memakan masa 8 bulan untuk dibangunkan. Kenapa macam lama sangat? Sebab pada mulanya mereka tak bagi keutamaan sangat kat game ni, mungkin diorang ingat game ni tak boleh nak pegi kot.

3. Game ni menelan belanja hanya kurang daripada £70,000 je, lebih kurang RM 300 000 la (tapi banyak jugak tu)


4. Selebriti-selebriti yang suka main game ni pulak macam David Cameron (pengarah filem Titanic tu), Paul Gascoigne (yang ni mungkin orang Perancis), Kylie Minogue (penyanyi yang dah tua tu la), Conan O’Brien (yang ada talkshow macam David Letterman tu), Jon Hamm (yang ni mungkin saudara MC Hammer) dan Mad Men’s Don Draper (Mad Men=Lelaki Gila/Marah).


5. Kat Iphone jek dah terjual hampir 7 juta copies. Kasi wow sikit. Wow!


6. Kat Android pulak dalam masa tiga minggu je dah sejuta muat turun. Kasi double wow. WowWow!


7. Game Angry Bird kat FB akan dikeluarkan tahun ni, toys Angry Bird pon dah dikeluarkan.


dan ini lah family Angry Bird


Memang nampak bengis-bengis semuanya (yang segi tiga kaler kuning tu spesies burung gak ke?)

Jadi, kalau korang nak merasakan amarah si burung, sila lah main Angry Bird. Rawr!

gmbr ihsan google image

Miss Ungu Giveaway!

First time masuk contest,

Bismillahirrahmanirrahim, fuhh fuhh *jampi sket*
Cuba try test nak masuk contest.

Anda, anda, anda yang mahu join, klik sini

Sunday 26 June 2011

Umar Faruq, Terima Kasih Kalau Sudi Promote Blog Aku

Assalaimualaikum..
Setelah dengan rasminya blog aku ni dilancarkan, aku pon mula lah menjinakkan diri berjalan-jalan seorang diri ke blog-blog yang menjadi pilihan hati ini. Setelah aku berjalan-jalan tanpa arah tuju ke beberapa blog, aku terjumpa satu entri yang bertajuk


Promosikan blog anda!!

Memang bagaikan mengantuk disorongkan bantal, lapar disogokkan KFC la aku rasa. Aku sebagai noob dalam dunia blogging ni memang sedang cari peluang dan ruang untuk bertapak di arena blogging di Malaysia ni. Aku tau ayat aku hebat, hik3. Kembali kepada topik, so aku kena promosikan blog aku la ni ek? Aku buat dalam bentuk Q&A jek la, untuk kesenangan bersama.

Blog ni blog apa?

Dalam perancangan awal, aku cadangkan nak jadikan blog ni macam blog yang penuh dan fakta dan info. Di samping itu jugak, aku ada jugak la selitkan la tulisan-tulisan aku sikit, untuk tatapan bersama. Ye lah, aku ni dapat A1 dalam BM masa SPM, takkan aku nak sia-siakan bakat aku tu, ye tak? Hehe.

Dah ada berapa entri dah blog ni?

Alhamdulillah, dah ada dua entri dah (cara cakap macam dah ada 20 entri). Kalau nak usha-usha, leh klik sini dan sini, okay?

Selalu update ke blog ni?

InsyaAllah la, aku kebetulan tengah cuti selama 4 bulan sekarang ni, jadi leh la selalu update. Tapi bukan masa cuti je update. Kalau lah blog ni ada pengikutnya yang tersendiri *eceh*, aku akan cuba update sekerap mungkin. Kalau takde, aku biar bersawang je blog ni.

Agak-agak, penulis blog ni comel ke hemsem?

Aku agak, dua-dua.

p/s : Walaupun korang taknak tau, header tu aku buat sendiri tau. kih3.

Pesanan terakhir dari aku, siapa-siapa yang singgah-singgah tu, memang takkan ada air atau makanan yang akan disediakan, tapi aku amat mengalu-alukan komen atau cadangan yang membina daripada kalian. Segala kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

eh, jap.

Jangan lupa follow, bagaimanapun tiada paksaan.



Saturday 25 June 2011

alhamdulillah

Alhamdulillah, akhirnya niat untuk wat blog termakbul jua.
Bagi tepukan untuk diri sendiri *tepuk2*
Dua post yang sebelum ni sebenarnya untuk testing je, wat masa ni aku belum decide lagi nak jadikan blog ni blog apa.
So, mungkin siapa-siapa yang tersinggah kat blog aku ni leh la bagi cadangan membina, idea bernas, dan lain-lain lagi, so that aku boleh tau reader's opinion about this blog, walaupun baru ada dua post. Hehe. Kepada yang dah singgah tu, sudi-sudikan lah follow *takde paksaan*

akhir kalam,

sila beri tunjuk ajar *tunduk ala-ala orang jepun*

Till then, Okbye.

p/s : anybody want to be my mentor? hee..

Google

Google.
Siapa-siapa yang tak tahu apa itu google, sila google sekarang, keh3.
Tapi, aku jamin setiap kali korang bukak browser korang untuk online, ini yang akan keluar, betul tak?


Persoalannya, pernah tak dia keluar jadi pelangi macam ni,




atau jadi bentuk sfera macam ni,
Google Sphere


ataupun semuanya jatuh ke bawah macam ni,


Mesti tak pernah kan?
Kalau korang nak cuba, boleh lah klik dekat link tu. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi explore dan google lah sendiri ye.
Till next post, Okbye.