Monday 4 July 2011

Back to The 90's : 'N Sync

Mesti ada di antara korang semua yang suka kan muzik 90 an kan? Jadi marilah kita bersama-sama kembali ke zaman 90 an di mana korang pada masa itu mungkin masih berumur belasan tahun ataupun baru jek nak lahir ke dunia ini. Hehe. Zaman dimana music scene ketika itu menyaksikan kegemilangan boy band dan salah satu daripadanya, 'N SYNC!
Tada! 'N Sync. Kalau diorang tengok balik gambar ni, confirm malu. Aku pun macam segan nak tengok. Kah3.

Kisah penubuhan 'N Sync ni bermula masa salah seorang ahli 'N Sync ni, Chris Kirkpatrick, jadi salah seorang shortlist untuk masuk dalam BSB. Bila dia dah tak dapat tu, dia pun cakap la dengan producer yang dia nak buat satu boy band baru. Dan producer tu pun cakap yang dia on je asalkan si Chris ni dapat cari group member yang lain. Jadi Chris ni pun cepat-cepat nak panggil kawan dia lagi sorang, Joey Fatone untuk join. Dan lepas tu, diorang mintak pulak suggestion producer tu untuk carikkan orang lagi. Beliau pun mencadangkan Justin Timberlake yang masa tu jadi pelakon dalam Mickey Mouse Club. Then Justin ajak lagi sorang, JC Chasez. Yang last sekali masuk dalam 'N Sync ialah Lance Bass, yang berumur 16 tahun masa tu.

Kumpulan dah ada, tapi nama belum ada. Fikir punya fikir, diorang pun decided untuk letak huruf terakhir dalam first name diorang untuk jadikan nama band. Setelah digabungkan JustiN, ChriS, JoeY, LansteN, dan JC, dapat la nama 'N Sync tu. Tapi yang ' kat huruf N tu tak tau la pulak apa fungsi dia. In addition jugak, mak Justin ni pun pernah cakap yang diorang ni memang sangat "in sync", so tu pun salah satu faktor nama tu digunakan.

Diorang ni start meletup masa album 'No String Attached' yang terjual hampir sejuta copies masa tu. Ala, album yang ada lagu macam 'Bye, Bye Bye, It's Gonna Be Me dan This I Promise You tu la. Bila dah mendapat sambutan gempak macam tu, diorang pun buat la tour pada tahun 2000. No String Attached ni sebenarnya album kedua diorang. Album pertama diorang ialah *N Sync tapi kurang mendapat sambutan sangat.

Album ketiga pulak, Celebrity di released setahun lepas tu. Dalam album ni Justin ngan JC ada tulis beberapa lagu dan diorang pun buat Pop Odyssey Tour pulak. Lagu-lagu hits dalam album ni macam lagu Pop, Gone dengan Girlfriend.

Lepas Pop Odyssey Tour tu, diorang pun amek keputusan nak berehat sekejap. Justin pun dah start menyanyi solo. Diorang tak keluarkan album pun, hanya muncul dalam awards show je. Tahun 2005, diorang keluarkan album Greatest Hits dan tahun 2010, album The Collection.

Sebenarnya N Sync ni dah berpecah masa tahun 2007 lagi. Ni disebabkan masing-masing dah buat haluan sendiri, Justin pun dah sibuk menyanyi solo. JC dah tulis lagu dengan berlakon. Lance dengan Joey pun dah berlakon.

So, macam tu lah sedikit history tentang 'N Sync. Rupa diorang sekarang?


Justin Timberlake-Macho Man

JC Chasez-Handsome Man


  Chris Kirkpatrick-Gemuk Man


Lance Bass-Still Jambu Man.

 
Joey Fatone-Fuyoo I'm Speechless, Man! keh3.




Wednesday 29 June 2011

Kalau Aku, Aku Dengar

Kalau aku rasa biasa-biasa, aku dengar lagu ni :




Matchbox 20-Push

Kalau aku rasa nak menari aku dengar lagu ni :


Junior Senior-Move Your Feet

Kalau tengah hujan aku dengar lagu ni :


Aizat-Pergi
Kalau hujan tu ada guruh aku dengar lagu ni:


Boys Like Girls-Thunder

Kalau aku rasa down, aku dengar lagu ni :



Kalau aku nak rasa lagi down selepas down, aku dengar lagu ni :


Blink 182-Down

atau


Down-Jay Sean

Itu kalau aku lah, kalau orang lain aku tak tau.

p/s : banyak pulak video dalam post ni.


Tuesday 28 June 2011

Pernah Tak?

Pernah tak?
Bila korang tengah tunggu seseorang atau tak ada benda yang nak dibuat time tu, korang akan buat-buat mesej orang lain atau belek-belek phone korang?

Pernah tak?
Bila dah tak ada website nak pegi je, korang akan bukak Facebook walaupun dah hampir berjuta kali dah korang scroll-scroll newsfeed tu.

Pernah tak?
Bila lecturer cakap dia nak tanya soalan kat lecture hall, korang tiba-tiba mengalihkan pandangan dari lecturer tu tapi korang buat-buat menulis nota atau borak-borak dengan orang sebelah.

Pernah tak?
Korang jalan-jalan pastu nak terjatuh dan kawan korang tak perasan pun, tapi korang tiba-tiba gelak-gelak untuk menutup malu.

Pernah tak?
Bila ada orang gelak kuat-kuat kat tempat awam, korang rasa yang dia gelakkan korang.

Pernah tak?
Salah satu benda ni jadi?
Aku berani bet mesti pernah.

Kan?

Monday 27 June 2011

Angry Bird!

Burung marah? Burung reti marah ke? Mestila, terutamanya Angry Bird. Ada antara korang mesti suka main game ni kan. Game Angry Bird ni sebenarnya satu game puzzle yg memerlukan korang untuk lastik burung-burung ke arah khinzir yang jahat dengan tujuan untuk memusnahkan kaum-kaum khinzir tersebut. Hik3.  Aku tak main pulak game ni, tapi berdasarkan apa yang orang cakap, game ni best dan cool. Okay aku bagi trivia sikit tentang Angry Bird ni :

1. Angry Bird ni dibangukan oleh syarikat Rovio Games, yang dah reka lebih daripada 50 games, tapi kurang mendapat sambutan, dan akhirnya mereka berjaya jugak dengan game burung lastik khinzir ni.

2. Ada empat orang dalam team untuk buat Angry Bird ni dan game ni memakan masa 8 bulan untuk dibangunkan. Kenapa macam lama sangat? Sebab pada mulanya mereka tak bagi keutamaan sangat kat game ni, mungkin diorang ingat game ni tak boleh nak pegi kot.

3. Game ni menelan belanja hanya kurang daripada £70,000 je, lebih kurang RM 300 000 la (tapi banyak jugak tu)


4. Selebriti-selebriti yang suka main game ni pulak macam David Cameron (pengarah filem Titanic tu), Paul Gascoigne (yang ni mungkin orang Perancis), Kylie Minogue (penyanyi yang dah tua tu la), Conan O’Brien (yang ada talkshow macam David Letterman tu), Jon Hamm (yang ni mungkin saudara MC Hammer) dan Mad Men’s Don Draper (Mad Men=Lelaki Gila/Marah).


5. Kat Iphone jek dah terjual hampir 7 juta copies. Kasi wow sikit. Wow!


6. Kat Android pulak dalam masa tiga minggu je dah sejuta muat turun. Kasi double wow. WowWow!


7. Game Angry Bird kat FB akan dikeluarkan tahun ni, toys Angry Bird pon dah dikeluarkan.


dan ini lah family Angry Bird


Memang nampak bengis-bengis semuanya (yang segi tiga kaler kuning tu spesies burung gak ke?)

Jadi, kalau korang nak merasakan amarah si burung, sila lah main Angry Bird. Rawr!

gmbr ihsan google image

Miss Ungu Giveaway!

First time masuk contest,

Bismillahirrahmanirrahim, fuhh fuhh *jampi sket*
Cuba try test nak masuk contest.

Anda, anda, anda yang mahu join, klik sini

Sunday 26 June 2011

Umar Faruq, Terima Kasih Kalau Sudi Promote Blog Aku

Assalaimualaikum..
Setelah dengan rasminya blog aku ni dilancarkan, aku pon mula lah menjinakkan diri berjalan-jalan seorang diri ke blog-blog yang menjadi pilihan hati ini. Setelah aku berjalan-jalan tanpa arah tuju ke beberapa blog, aku terjumpa satu entri yang bertajuk


Promosikan blog anda!!

Memang bagaikan mengantuk disorongkan bantal, lapar disogokkan KFC la aku rasa. Aku sebagai noob dalam dunia blogging ni memang sedang cari peluang dan ruang untuk bertapak di arena blogging di Malaysia ni. Aku tau ayat aku hebat, hik3. Kembali kepada topik, so aku kena promosikan blog aku la ni ek? Aku buat dalam bentuk Q&A jek la, untuk kesenangan bersama.

Blog ni blog apa?

Dalam perancangan awal, aku cadangkan nak jadikan blog ni macam blog yang penuh dan fakta dan info. Di samping itu jugak, aku ada jugak la selitkan la tulisan-tulisan aku sikit, untuk tatapan bersama. Ye lah, aku ni dapat A1 dalam BM masa SPM, takkan aku nak sia-siakan bakat aku tu, ye tak? Hehe.

Dah ada berapa entri dah blog ni?

Alhamdulillah, dah ada dua entri dah (cara cakap macam dah ada 20 entri). Kalau nak usha-usha, leh klik sini dan sini, okay?

Selalu update ke blog ni?

InsyaAllah la, aku kebetulan tengah cuti selama 4 bulan sekarang ni, jadi leh la selalu update. Tapi bukan masa cuti je update. Kalau lah blog ni ada pengikutnya yang tersendiri *eceh*, aku akan cuba update sekerap mungkin. Kalau takde, aku biar bersawang je blog ni.

Agak-agak, penulis blog ni comel ke hemsem?

Aku agak, dua-dua.

p/s : Walaupun korang taknak tau, header tu aku buat sendiri tau. kih3.

Pesanan terakhir dari aku, siapa-siapa yang singgah-singgah tu, memang takkan ada air atau makanan yang akan disediakan, tapi aku amat mengalu-alukan komen atau cadangan yang membina daripada kalian. Segala kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

eh, jap.

Jangan lupa follow, bagaimanapun tiada paksaan.