Monday 27 June 2011

Angry Bird!

Burung marah? Burung reti marah ke? Mestila, terutamanya Angry Bird. Ada antara korang mesti suka main game ni kan. Game Angry Bird ni sebenarnya satu game puzzle yg memerlukan korang untuk lastik burung-burung ke arah khinzir yang jahat dengan tujuan untuk memusnahkan kaum-kaum khinzir tersebut. Hik3.  Aku tak main pulak game ni, tapi berdasarkan apa yang orang cakap, game ni best dan cool. Okay aku bagi trivia sikit tentang Angry Bird ni :

1. Angry Bird ni dibangukan oleh syarikat Rovio Games, yang dah reka lebih daripada 50 games, tapi kurang mendapat sambutan, dan akhirnya mereka berjaya jugak dengan game burung lastik khinzir ni.

2. Ada empat orang dalam team untuk buat Angry Bird ni dan game ni memakan masa 8 bulan untuk dibangunkan. Kenapa macam lama sangat? Sebab pada mulanya mereka tak bagi keutamaan sangat kat game ni, mungkin diorang ingat game ni tak boleh nak pegi kot.

3. Game ni menelan belanja hanya kurang daripada £70,000 je, lebih kurang RM 300 000 la (tapi banyak jugak tu)


4. Selebriti-selebriti yang suka main game ni pulak macam David Cameron (pengarah filem Titanic tu), Paul Gascoigne (yang ni mungkin orang Perancis), Kylie Minogue (penyanyi yang dah tua tu la), Conan O’Brien (yang ada talkshow macam David Letterman tu), Jon Hamm (yang ni mungkin saudara MC Hammer) dan Mad Men’s Don Draper (Mad Men=Lelaki Gila/Marah).


5. Kat Iphone jek dah terjual hampir 7 juta copies. Kasi wow sikit. Wow!


6. Kat Android pulak dalam masa tiga minggu je dah sejuta muat turun. Kasi double wow. WowWow!


7. Game Angry Bird kat FB akan dikeluarkan tahun ni, toys Angry Bird pon dah dikeluarkan.


dan ini lah family Angry Bird


Memang nampak bengis-bengis semuanya (yang segi tiga kaler kuning tu spesies burung gak ke?)

Jadi, kalau korang nak merasakan amarah si burung, sila lah main Angry Bird. Rawr!

gmbr ihsan google image

No comments:

Post a Comment